Wednesday 8 March 2017

Salam perkenalan. Aku & Bipolar Disorder.


Sudah berapa lama aku manangguh untuk membuat entri pertama di blog ini. Salam perkenalan. Kalau diturut rasa lemah ini, entah bila aku nak mula menulis. Biarlah aku mula menulis apa yang sedang aku alami sebagai seorang pengembara jalanan yang punya Bipolar disorder & Anxiety.
Kalau di sebut penyakit yang berkaitan dengan otak, semua orang akan memandang sinis. Tapi kalau sakit barah otak lain pula pandangan masyarakat. Bagi aku, ia adalah dua perkara yang sama, dua dua amat menyakitkan. Dua dua bawa penderitaan. Cuma bezanya Barah otak penyakit fizikal yang kau boleh lihat & nampak tahap kesakitannya. Tapi bagi pesakit mental? Penderitaannya langsung tak dapat dikesan jika pesakit bijak menyimpan rasa sengsara. Kedua dua penyakit boleh membawa maut.
Kau orang mesti pernah rasa penat. Penat yang aku sedang alami ini berkaitan dengan sistem fikiran & akal, iaitu otak. Organ terpenting dalam sistem pengawalan hidup manusia. Kadangkala bila terlampau letih, jantung jadi berdegup laju. Membuatkan mata jadi berpinar, otak semakin laju berputar. Kau pernah rasa macam tu?
Fizikal kau jadi penat, kau mula hilang segala semangat. Buat kau makin hari makin putus asa. Hingga terbawa bawa ke hari yang lain. Tak semena mena kau rasa nak menangis walau pun di khalayak ramai, tapi di sebabkan nak berlaku normal, aku terpaksa lari ke mana tempat agak tersembunyi untuk menangis. Pastikan tiada mata yang dapat mengesan aku sedang sakit di dalam. Its killing me inside.
Maaf kalau kau rasa ayat ke ayat aku agak melompat, Laju sangat dalam otak, tak tahu yang mana nak dicatat dahulu, macam peluru berpandu. Aku kena belajar control benda ni.
Catatan di Abbey Road London.
2.03am
9 March 2017
-Mix phase-